Cute Hello Kitty Kaoani

Sunday, 31 August 2014

Bulan Kemerdekaan

Sekolah kamu telah menganjurkan bulan kemerdekaan. Tuliskan berita tentang bulan kemerdekaan tersebut.


      Banting,Jumaat- Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang telah menganjurkan Bulan Kemerdekaan pada bulan Ogos baru-baru ini. Banyak aktiviti menarik telah diadakan sepanjang bulan tersebut.

       Tujuan Bulan Kemerdekaan ini diadakan adalah untuk menyemai sikap patriotik dalam kalangan murid-murid. Di samping itu, aktiviti ini dapat memberi pendedahan kepada murid-murid tentang sejarah kemerdekaan negara. Murid-murid juga dapat mengenal tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan.
        
         Pada 15 Ogos, upacara perasmian dan pelancaran telah dilakukan oleh Tuan Guru Besar, Tuan Haji Mat Sudin bin Taupek. Beliau menggingatkan murid-murid supaya bersyukur dapat tinggal di negara yang aman. Keamanan ini perlu dipertahankan oleh generasi muda.

          Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan pidato,pertandingan menulis esei, pertandingan melukis poster dan pameran tentang sejarah kemerdekaan . Pertandingan terbuka untuk murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2. Pertandingan Kibar Jalur Gemilang antara kelas turut diadakan.

           Pada acara penutup,Guru Besar telah menyampaikan hadiah kepada para pemenag pertandingan. Para pemena
ng telah menerima hadiah berupa trofi dan hamper. Sebelum bersurai, semua murid diminta melaungkan kalimah "MERDEKA" dengan penuh semangat. 

             Pihak sekolah bersemangat sayang akan negara tetap terus berkekalan di jiwa setiap murid di sekolah ini.

                        
                   
               Ada serangkap pantun untuk Hari Kerdekaan.

                        Kucinta negaraku sepenuh hati,
                        Rela berkorban nyawa demi negaraku;
                        Peminpin dan rakyat bersatu hati,
                        1Malaysia sayangkan negaraku.

Friday, 29 August 2014

Peminat Setia EXO


Zana peminat setia exo


Zana tak tahu macam mana zana boleh meminati exo.? Maybe sebb tahun lepas kot...??

Ceritanya bermula begini

 Masa awal tahun persekolahan tahun lepas, kawan Zana iaitu Hani(nama samaran) dia cerita kepada Zana tentang exo. Mula2 Zana ingat exo ni bukan nye best pon sebab Hani nyanyi lagu "WOLF" sambil menari tarian tuu.. Lepas tu , dia cakap 'wei! ZAna ko bukak laa kumpulan EXO tuu ,sebb kumpulan dia ada 12 orang semua hensem2 mereka tu dari SMTOWN'.Lepas tuu , dia pujuk lagi kat ZANA supaya bukak jugak kat internet lepas balik sekolah. 

 Akhirnya, pujukkan hani berjaya sebb dia buat muka kucing :3 . Zana memang pantang kalau Hani wat muka kucing. 

-skip-

Di dalam bilik

Zana bukak laa youtube apa yg Hani suruh. Lepas dah jumpatuu Zana klik laa kat perkataan wolf tuu... Masa tengah tengok video klip tuuuu....

Tiba-tiba
Zana tertarik dengan wajah Luhan(itulah pertama kali minat dekat kumpulan exo sekarang Zana dah minat Chanyeol) 

Selepas itu, baru lahh Zana sedar kenapa Hani tergiler sangat dekat kumpulan Exo.. 

-skip-
pagi di sekolah

Masa tuu Hani tegur Zana 'wei ko dah bukak kumpulan exo?' Zana pon jawab 'dah!" Hani pon tanya lagi best x?
Hensem x kumpulan tuu??'  Zana pon jawab yg kali kedua,
emmmm best , hensemm ............(dengan wajah yg blur)

Hani,'tulahh aku dah cakap laguu tuu dan kumpulan tuu bestt!!!''' siap dia kata perkataan ni "Auuuwww" (serigala menyalak) lepastu Zana pon cakap 'wei aku minat Luhan laa sebb dia cute'  dia pon jawab ;dulu pon aku pon minat kat dia sekarang aku minat bacon" ...

Zana pon tanya,'siapa bacon? Hani pon jawab '' tuu baekhyun laaa, Hani saja je cakap bacon! sebb rakan2 exo suka ejek dia bacon jadi Hani pon terikut laa, apa2 pon bacon cute"! 

Zana pon balas" hmmm,, yeelaaaaa" Hani pon belah dengan cakap perkataan yg tadi "Auuuwww" ..

                       
Itulah kesudahannyaa...............


                                    THE END
            



Kejap ada sambungan lagi ..
Zana x cerita lagi macam mana Zana boleh minat kat Chanyeol. Zana pendekkan. Zana minat dekat Chanyeol kerana Chanyeol mempunyai bakat untuk rap , tinggi dan muka dia yg cute... ^_^



Thanks sebab korang baca blog Zana yg x seberapa ni....
Zana bukan nya pandai wat blogger sangat. Jadi , sila beri tunjuk ajar kepada Zana...